- Langit Langi Hotel, Jalan Pantai Batu 1, Taman Mewah, 71000 Port Dickson
- 012 655 0802
- Jumaat - Rabu 11:00pg-06:30mlm
Warung Salai telah ditubuhkan pada tahun 2016 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bermula dengan penghantaran makanan dari rumah ke rumah sekitar Port Dickson, Melaka dan Klang, Warung Salai kini dikenali sebagai restoran yang popular dengan sajian Masak Lemak Cili Api.
Kini, syarikat ini diuruskan oleh Warung Salai Sdn Bhd, salah sebuah syarikat makanan dan minuman persendirian yang mana mempunyai tiga restoran dan membuat perkhidmatan katering serta penghantaran makanan dai rumah ke rumah sekitar Port Dickson.
Dengan pengalaman dalam industri ini yang lebih daripada 19 tahun, kami mempunyai pengalaman yang mahir serta perkhidmatan restoran dan masakan yang persis lima bintang. Kami hanya memilih bahan mentah yang segar dan berkualiti sebagai bahan masakan serta menggunakan cara masakan tradisional melayu. Kami menyediakan hidangan yang mempunyai rasa dan kelas tersendiri bagi memastikan setiap majlis berjalan lancar.
Fokus perniagaan kami adalah untuk memastikan pelanggan pulang dengan kepuasaan dengan makanan kami. Kami sentiasa memastikan kepuasaan pelanggan adalah yang paling utama kerana setiap testimoni dan aduan daripada pelanggan sangat penting untuk menjadikan syarikat kami sentiasa maju pada masa akan datang.
Kami hanya memilih bahan mentah yang segar dan berkualiti sebagai bahan masakan serta menggunakan cara masakan tradisional melayu. Kami menyediakan hidangan yang mempunyai rasa dan kelas tersendiri bagi memastikan setiap majlis berjalan lancar.